Abstrak

Terbitan Baharu

Bulan Di Langit Paris

…Yang Kesampaingan Itu Bahasaku Nan Melayu

Kumpulan Cerpen

Cerpen 1

Anna

Anna melarikan diri daripada majikannya yang zalim lalu diselamatkan oleh Puan Lisa dan Tuan Malik dan dijadikan pembantu rumah. Kesetiaan dan kejujuran Anna terbongkar apabila Puan Lisa melihat Bible di tangannya. Puan Lisa mulai bimbang dengan akidah anak-anaknya. Namun hal tersebut ditenangkan oleh Tuan Malik dan menjelaskan tentang amalan beragama antara orang Islam dengan bukan Islam.

Cerpen 2

BUKU GARIS TIGA

Disebabkan buku garis tiga Kamijan disumbatkan ke penjara dan dijatuhi hukuman gantung. Buku garis tiga jua yang memandaikan anaknya, Lina sehingga Lina mendewasa sebagai seorang penulis yang berjaya.

Cerpen 3

BULAN DI LANGIT PARIS

Perpisahan dalam keterpaksaan Maria dan Zamarul menyebabkan Khal nekad ke Paris mencari bapanya. Tanpa pernah menemui lelaki itu, Khal sekadar memegang pada firasat dan jati diri. Bahasa nan Melayu, bangsa yang bersawo matang itulah pencariannya.

Cerpen 4

DATUK SERI TAHANAN REMAN

Inspirasi daripada kisah benar seorang Datuk Seri yang tabah dan sabar apabila didakwa atas pertuduhan jenayah berat sehingga ditahan reman sementara menunggu tempoh dijatuhi hukuman. Tiada layanan kehormat yang diterimanya sepanjang berada dalam tahanan walaupun beliau seorang bekas menteri terhormat.

Cerpen 5

LELAKI MOSSAD

Percintaan Ido Zefnat dan Juanda secara rahsia tidak menguntungkan kedua-dua belah pihak lantaran mereka mempunyai jiwa dan roh kebangsaan yang berbeza. Ido Zefnat kekal tegas dengan pendiriannya untuk berkhidmat dalam ketenteraan Mossad manakala Juanda pula tiada pilihan melainkan teguh dengan Islamnya.

Cerpen 6

MAHALNYA MAHAR

Azmin tersepit di antara wasiat arwah isterinya Atikah dengan pendiriannya sebagai bapa angkat kepada Laila. Sedaya upaya dia menidakkan wasiat tersebut demi Laila sungguh pun dia tahu bahawa Laila itu halal baginya untuk dinikahi. Konflik jiwa dan desakan ibunya memutuskan untuk dia membuat keputusan yang paling tepat dan bijak.

Cerpen 7

MIMPI RATNA GUMILAH SARI

Ditakdirkan menjadi anak dara tua bukanlah pilihan seseorang wanita namun dikatakan bahawa jodoh itu rahsia sang Pencipta. Walau bagaimanapun tiada salah dan dosanya jika jodoh itu diusahakan. Begitulah yang berlaku terhadap puteri bangsawan, Ratna Gumilah Sari. Memiliki wajah yang jelita, harta kekayaan yang menggunung dan kedudukan berstatus bukanlah jaminan untuk dia memiliki hati yang bahagia. 

Cerpen 8

PEN DAKWAT HIJAU

Rahmat yang dipenjara kerana berkorban demi kembarnya telah menjadi banduan tahanan limpah sultan. Rahmat menyambung pelajaran dan menulis kisah hidupnya. Dia mendapat sokongan daripada Maria, editor yang membantunya menyempurnakan tugasannya sehingga naskhahnya diterbitkan. Dengan kuasa pen dakwat hijau, Maria berjaya merealisasikan impian seorang banduan.

Cerpen 9

PERUTUSAN JIHAD

Pengisahan sejarah Raja Haji, pewaris takhta Opu Daeng Chelak yang berazam menghapuskan penjajahan Belanda. Perjalanan jihadnya dan perjuangan menuntut hak bangsa diteruskan tanpa lelah. Teknologi ketenteraan Belanda telah beberapa kali dipatahkan dengan kebijaksanaan akal dan tawaduk amalan zikirnya. 

Cerpen 10

RATNA PUSPA

Ratna Puspa menjadi srikandi dalam usaha membunuh laksama tentera laut Portugis, Alfonso de Albuquerque yang menakluki Melaka pada tahun 1511. Api kemarahan Ratna Puspa semakin membara apabila terdapat petualang bangsa yang membelot semata-mata kerana pangkat dan harta. Dengan kerjasama Demak dan Kuntum mereka merancang strategi memasuki istana yang telah ditawan oleh Alfonso.

Cerpen 11

SEMENTARA AMAN

Peristiwa Nakbah yang berlaku pada tahun 1948 telah membawa Palestin dalam keadaan yang lebih memburukkan. Pengunduran British bukanlah kemerdekaan bagi bumi Palestin malahan semakin dilimpahi darah pejuang dan rakyat yang tidak berdosa. Israel tidak pernah leka dengan matlamatnya yang berpaksikan jiwa Yahudi. Itulah yang terjadi terhadap Ahed Tamimi yang melihat keturunannya dizalimi berabad lama.

Cerpen 12

SI KANIBAL

Kes kehilangan orang dan pembunuhan yang ditangani oleh Inspektor Fariz telah membuka jalan kepada pembunuhannya sendiri. Wati yang mendendami kaum lelaki menjadikan kekasihnya, Inspektor Fariz sebagai mangsa terakhir. Gangguan jiwa dan emosinya dikaburkan dengan kemahirannya memasak stik yang lazat.

Cerpen 13

TIMAH

Pak Samad risau dengan Timah yang tidak mahu berkahwin. Timah sudah menjangkau usia 40-an tetapi masih belum bertemu jodoh dengan lelaki idamannya. Timah menyimpan hasrat menjadi isteri orang bergelar yang kaya dan berharta supaya hidupnya tidak perlu lagi ke kebun sayur. Timah bukan gadis andartu yang kolot. Dia mempunyai cita rasa tersendiri. Lamaran mengejut daripada Tok Batin Seletar membuatkan Timah berasa gembira kerana itulah jodoh yang dinanti-nantikan selama ini.

Shopping Cart