Tentang Penulis

…Yang Kesampaingan Itu Bahasaku Nan Melayu
-AZURA HALID-

Azura Mohd. Halid dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 11 April 1976. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temenggog Abd. Rahman, Segamat sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Arab Bugisiah, Pontian dan Sekolah Menengah Engku Tun Aminah, Johor Bahru. Beliau menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sebelum melangkah lebih jauh ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Sains Kemasyarakatan.

Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur sebagai editor buku dan menangani lebih 100 buah buku sepanjang di Jabatan Penerbitan, DBP. Beliau aktif menulis dalam pelbagai bidang penulisan terutamanya cerpen dan puisi semenjak di bangku sekolah menengah dan mutakhir beliau berkecimpung dalam lapangan penulisan skrip drama televisyen sehingga tersiarnya telemovie Nasi Ambeng Timah dan Bangkit. Antara cerpen yang pernah tersiar di wahana persuratan Melayu ialah Tok Bijan, Awang Sulung Merah Jambu, Tart Nanas Untuk Ayah, Syair Hang Nadim, Syair Johor Negeriku dan kumpulan cerpen Kecubung Berulam Jantung yang telah dilancarkan pada tahun 2018 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lewat hari ini beliau mula menulis beberapa rencana yang diterbitkan di majalah tempatan dan Astro Awani. Antara rencana yang telah tersiar bertajuk Kesantunan Berbahasa di Media Sosial, Alam Berkembang Menjadi Guru Seorang Pelukis Kanvas, Kembara Sejarah: Menjejak Makam Nisan Acheh, Bahasa Kiasan dalam Filem P. Ramlee: Teguran Terhadap Masyarakat Masa Kini, Kerancuan Penggunaan Bahasa di Radio, Dirgahayu Bahasa Istana: Membentuk Budaya Masyarakat yang Luhur dan lain-lain.

0 +
KARYA TERBIT
0 +
PENYUNTINGAN BUKU
0
ANUGERAH
2022

Anugerah Pentauliahan Munsyi Dewan

Anugerah Inovasi Citra Karya

Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun

2018

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

2007

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Anugerah Buku Terbaik

Shopping Cart