Bulan Di Langit Paris
Bulan di Langit Paris merupakan himpunan 13 cerpen yang diinspirasikan daripada petikan surah-surah dalam al-Quran yang boleh dijadikan pedoman kepada khalayak pembaca. Koleksi kisah ini diterjemahkan dalam pelbagai kisah masyarakat yang boleh dijadikan teladan.
Abstrak
Cerpen 1
Anna
Anna melarikan diri daripada majikannya yang zalim lalu diselamatkan oleh Puan Lisa dan Tuan Malik dan dijadikan pembantu rumah. Kesetiaan dan kejujuran Anna terbongkar apabila Puan Lisa melihat Bible di tangannya. Puan Lisa mulai bimbang dengan akidah anak-anaknya. Namun hal tersebut ditenangkan oleh Tuan Malik dan menjelaskan tentang amalan beragama antara orang Islam dengan bukan Islam.
Cerpen 2
BUKU GARIS TIGA
Disebabkan buku garis tiga Kamijan disumbatkan ke penjara dan dijatuhi hukuman gantung. Buku garis tiga jua yang memandaikan anaknya, Lina sehingga Lina mendewasa sebagai seorang penulis yang berjaya.
Cerpen 3
BULAN DI LANGIT PARIS
Perpisahan dalam keterpaksaan Maria dan Zamarul menyebabkan Khal nekad ke Paris mencari bapanya. Tanpa pernah menemui lelaki itu, Khal sekadar memegang pada firasat dan jati diri. Bahasa nan Melayu, bangsa yang bersawo matang itulah pencariannya.
Biografi Penulis
Azura Halid
Azura Mohd. Halid dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 11 April 1976. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temenggog Abd. Rahman, Segamat sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Arab Bugisiah, Pontian dan Sekolah Menengah Engku Tun Aminah, Johor Bahru. Beliau menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sebelum melangkah lebih jauh ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Sains Kemasyarakatan.